Kehilangan pendengaran akibat bising atau Noise-Induced Hearing Loss (NIHL) merupakan salah satu penyakit pekerjaan paling biasa di Malaysia, terutama dalam sektor pembuatan, pembinaan, kuari dan minyak & gas. Masalah ini sering berlaku secara senyap tanpa disedari sehingga tahap pendengaran pekerja sudah terjejas teruk.
Di sinilah pentingnya saringan telinga (audiometri) yang dilakukan oleh Occupational Health Doctor (OHD) untuk mengesan tanda awal gangguan pendengaran sebelum ia menjadi kekal.
Apa Itu Saringan Telinga (Audiometri)?
Audiometri ialah ujian klinikal yang menilai tahap pendengaran seseorang pekerja. Dalam konteks pekerjaan, ia digunakan untuk:
- Mengukur kemampuan telinga mengesan bunyi pada frekuensi berbeza.
- Mengesan kehilangan pendengaran awal akibat pendedahan bising.
- Menentukan keberkesanan penggunaan alat pelindung pendengaran (earplug/earmuff).
Saringan ini biasanya dilakukan dalam bilik kalis bunyi menggunakan audiometer, dan diuruskan oleh OHD atau pegawai kesihatan bertauliah.
Kenapa Majikan Perlu Melaksanakannya?
- Pematuhan Undang-Undang: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mewajibkan program Hearing Conservation Programme bagi industri yang terdedah kepada bising ≥85 dB(A).
- Cegah Penyakit Pekerjaan: NIHL adalah irreversible. Jika tidak dikesan awal, kerosakan pendengaran kekal sepanjang hayat.
- Produktiviti Pekerja: Pekerja yang mempunyai masalah pendengaran lebih berisiko terlibat dalam kemalangan kerana tidak mendengar arahan atau bunyi amaran.
- Kurangkan Kos Syarikat: Tindakan awal mengurangkan risiko tuntutan pampasan di bawah PERKESO atau litigasi undang-undang.
Bila Saringan Telinga Perlu Dilakukan?
- Baseline Audiometry: Dilakukan sebelum pekerja mula terdedah kepada bising.
- Periodic Audiometry: Ujian susulan setiap tahun untuk mengesan perubahan pendengaran.
- Exit Audiometry: Semasa pekerja meninggalkan pekerjaan, bagi merekod status pendengaran akhir.
OHD akan membandingkan keputusan audiometri dari masa ke masa (audiogram serial) untuk mengenalpasti sebarang Standard Threshold Shift (STS) — tanda awal berlakunya kehilangan pendengaran.
Peranan Occupational Health Doctor
Sebagai OHD, tugas saya bukan sahaja menjalankan audiometri, tetapi juga:
- Memberi nasihat kawalan bising di tempat kerja.
- Menentukan kesesuaian alat pelindung pendengaran.
- Menyediakan laporan kesihatan kepada majikan dan pekerja.
- Membantu syarikat membangunkan program konservasi pendengaran yang menyeluruh.
Jika anda seorang majikan di Kelantan, Terengganu atau Pahang yang mempunyai pekerja terdedah kepada bunyi bising industri, jangan tunggu sehingga masalah pendengaran menjadi serius. Dapatkan saringan telinga (audiometri) berkala dengan Occupational Health Doctor bertauliah. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi saya melalui email di bawah (rujuk footer laman ini).
