● Ebook pemula · Edit Guna Claude // 13 langkah · 8 prompt · 0 coding

Tak pandai edit video? Biar Claude yang buat.

Dari daftar akaun sampai video pertama siap, langkah demi langkah. Anda tampal prompt, tekan Allow, dan tonton hasilnya. Tak perlu coding, tak perlu software edit.

chat Claude · video pertama

Saya pemula. Tolong sediakan laptop ini untuk edit video.

Semua alat dah dipasang. Laptop anda sedia.

Rakaman video-pertama.mp4 dah ada. Buang bahagian senyap.

Jeda dan bahagian senyap dah dibuang.

Letak sari kata BM, buat versi Shorts 9:16.

Video siap: video-pertama-siap.mp4

RM20Sekali bayar
Saya nak mula →

// PDF + 8 prompt siap salin · terus ke e-mel

Dr Ikram RauhiYouTube @IkramRauhi · 252K subscribers
01

Nak buat video, tapi tersekat di bahagian edit

✕

Tak pernah edit video. Tengok tutorial software edit pun dah pening.

✕

Dengar orang kata AI boleh edit video, tapi tak tahu nak mula dari mana.

✕

Risau kena belajar coding dulu.

✕

Rakaman dah banyak dalam telefon. Satu pun belum pernah naik.

Buku ni ditulis untuk orang yang bermula dari kosong. Satu langkah, satu tindakan. Tak ada istilah teknikal yang tak dijelaskan.

02

Dari kosong sampai video siap

13 langkah kecil, ikut urutan. Hasilnya: video YouTube 16:9 dengan sari kata BM, tajuk, logo dan muzik perlahan, serta satu klip 9:16 untuk Shorts, Reels atau TikTok.

  • sediakan/ (sekali sahaja)
  • ├──01 Daftar akaun Claude
  • ├──02 Langgan Claude Pro
  • ├──03 Pasang aplikasi Claude di laptop
  • ├──04 Buat folder dan buka tab Code
  • └──05 Suruh Claude pasang alat edit
  • rakam/
  • └──06 Rakam video pertama
  • edit/
  • ├──07 Masukkan rakaman ke laptop
  • ├──08 Buang bahagian senyap dan salah cakap
  • ├──09 Tambah sari kata BM
  • ├──10 Cari video rujukan dan tiru gayanya
  • ├──11 Tambah logo, tajuk dan muzik
  • ├──12 Tonton dan minta pindaan
  • └──13 Export video YouTube dan Shorts
  • ✓video siap: YouTube 16:9 + Shorts 9:16
03

Setiap langkah ditulis supaya anda tak sesat

  • ✓Gambar bernombor. Nombor merah pada screenshot tunjuk klik apa, di mana.
  • ✓8 prompt siap salin. Imbas QR atau buka link pendek, salin, tampal. Tak perlu taip satu-satu.
  • ✓Dari pengalaman saya. Cerita sebenar masa saya mula, supaya anda tahu apa nak dijangka.
  • ✓Siap bila... Satu tanda yang jelas sebelum anda pergi langkah seterusnya.
  • ✓Bukti sebenar. Sebelum dan selepas, dan 5 video YouTube saya yang boleh anda tonton melalui QR.
  • ✓Bila tersekat. Satu bab khas untuk masalah biasa, dan rutin untuk video seterusnya.
~/sediakan/langkah-055 / 13

LANGKAH 05

Suruh Claude pasang alat edit

15 hingga 30 minit · perlu internet · sekali sahaja

Anda tak perlu cari atau download apa-apa. Claude pasang semuanya. Kerja anda cuma tampal satu prompt dan tekan Allow.

P1 · tampal ke Claude

Saya pemula dan tak tahu coding. Saya nak edit video bercakap depan kamera dengan bantuan awak. Tolong sediakan laptop ini...

ikramrauhi.com/p1
Dari pengalaman sayaKali pertama, model Whisper dimuat turun (lebih kurang 1.5 GB). Internet perlahan, memang lama. Biarkan berjalan. Ia sekali sahaja.

Siap bila Claude kata semua alat sedia dan fail CLAUDE.md dah dicipta.

04

Sesuai untuk anda kalau...

  • ✓Anda tak pernah edit video, atau dah lama berhenti
  • ✓Anda tak pernah guna Claude
  • ✓Anda takut coding. Buku ni tak ajar coding langsung.
  • ✓Anda cikgu, doktor, usahawan atau kreator yang nak rakam video bercakap depan kamera
  • ✕Anda dah mahir edit dan cari teknik lanjutan. Buku ni untuk pemula.
  • ✕Anda tak bersedia langgan Claude Pro. Ia langganan bulanan, berasingan daripada harga buku ni.
05

Kenapa doktor tulis pasal edit video?

Dr Ikram Rauhi
Dr Ikram RauhiDoktor perubatan · YouTube @IkramRauhi

Saya doktor perubatan. Channel YouTube saya, @IkramRauhi, kongsi ilmu kesihatan dalam Bahasa Melayu sejak PKP 2020, dan dapat Silver Play Button pada tahun kedua.

Mac 2023, saya berhenti. Satu video makan hampir 8 jam, dan edit je dah 6 jam. Channel senyap 3 tahun.

Oktober 2026, saya kembali. Kali ni Claude yang edit. Video pertama saya luluskan tanpa satu pindaan, dan dapat kira-kira 70 ribu views dalam 2 hari.

Buku ni versi paling asas cara saya. Apa yang saya harap ada masa saya mula dulu.

252Ksubscribers YouTube
70Kviews dalam 2 hari
0pindaan pada video pertama
06

Video pertama anda, minggu ni.

Kulit ebook Edit Guna Claude oleh Dr Ikram Rauhi
  • Ebook Edit Guna Claude (PDF, 48 halaman)
  • 13 langkah, dari daftar akaun sampai video siap
  • 8 prompt siap salin, dengan QR dan link pendek
  • Bukti sebelum dan selepas, dan 5 video YouTube sebenar
  • Bab "Bila tersekat" dan rutin untuk video seterusnya

RM20Sekali bayar

Sepersepuluh kos upah editor untuk satu video.

Anda juga perlukan: laptop Windows 10/11 atau Mac (RAM 8 GB, ruang kosong 30 GB) dan langganan Claude Pro. Claude Pro ialah langganan bulanan berasingan daripada harga RM20 ini, dibayar terus kepada Anthropic.

Bayar melalui FPX (online banking). Pautan muat turun dihantar ke e-mel sebaik bayaran berjaya. Dengan membayar, anda bersetuju dengan Terma & Syarat dan Polisi Bayaran Balik.

07

Soalan lazim

Saya langsung tak tahu coding. Boleh ke?

Boleh. Buku ni tak ajar coding langsung. Anda tampal prompt, tekan Allow, dan tonton hasilnya. Claude yang tulis dan jalankan kod.

Saya tak pernah guna Claude.

Tak apa. Langkah pertama ialah daftar akaun, dengan gambar bernombor untuk setiap klik.

Prompt tu kena taip satu-satu ke?

Tak perlu. Setiap prompt ada QR dan link pendek. Buka, salin, tampal.

Perlu bayar apa lagi selain ebook?

Claude Pro, iaitu langganan bulanan yang berasingan daripada harga RM20 ebook ni. Langkah 2 tunjuk cara melanggan. Harga dan ciri plan boleh berubah, jadi semak laman rasmi Claude dulu.

Laptop saya biasa je. Cukup ke?

Kalau Windows 10/11 atau Mac, dengan RAM 8 GB dan ruang kosong 30 GB, dah cukup. Kali pertama, Claude muat turun model Whisper kira-kira 1.5 GB, jadi pastikan internet stabil.

Macam mana nak terima ebook?

Lepas bayar, pautan muat turun terus dihantar ke e-mel. Kalau tak nampak dalam 15 minit, semak folder Spam atau Promotions.

Rakaman dalam telefon tu, biar Claude yang siapkan.

Mula dengan langkah pertama hari ini.

Dapatkan ebook · RM20